Search Box



20 MAC 2014




Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia.

Hampir 2 tahun x update blog sya ni.. Agak sibuk sedikit dgn family, kerjaya dan lain2.. Hri ni bru ada kesempatan.. Ermm, x thu nk cerita ttg ape, bukan pandai sgt nk mengarang atau menulis pun.. He3

Si bongsu kesayangan kami, Nurain Damia pun dh berusia 2 tahun 2 bulan.  Makin brtambah nakal dan bijak.. Budak2 tgh nk membesar kan. 

Ank yg sulung terima result SPM hri ni.  Semoga anakku dpt keputusan yg baik.  Apa jua keputusan sama ada cemerlang atau tidak, kmi terima dgn redha.  Dia dh berusaha yg terbaik semasa final exam SPM 2013.

Harapan kami sekeluarga, semoga kmi semua dimurahkan rezeki & diberi kesihatan yg baik serta berpanjangan.

Sentiasa merindui allahyarham ayah & nenek.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan hamba2Nya yg beriman. Al-Fatihah.


KELAHIRAN CAHAYAMATA










Alhamdullilah, Nurain Damia selamat dilahirkan secara pembedahan pda 16 Jan 2012 jam 1032 am di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, KL. Kehidupan kami sekeluarga brtmbah bhagia dgn kehadiran Mia, chayamata kmi yg ke 8.. :)

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H




Sempena Ramadhan yg akn dtg ini, sya sekeluarga ingin mengucapkn `Selamat Berpuasa' kpd smua.. Semoga di bulan ini akan diberi seribu pahala & sejuta keinsafan..Ameenn..

BALIK KG

Minggu ni cuti pnjg smpena cuti Hari Pekerja..lma sungguh x blik kg..bz sgt dgn keja..so, mgu ni mmg sesuai sgt la..he3..tglkn smua keja,blik kg nk jmpa mak, nenek & 2 org ank perempuanku, aimi & nabila..rindu sgt2 pda kesemuanya..wlpn KL - Melaka, x la jauh sgt, tp krna kesibukan keja,x brpeluang nk blik..hu3..

x lupa juga nk ucapkn Selamat menyambut Hari Pekerja kpd smua kwn2 & sesiapa jua yg mngenali diri sya.. Smga mnjdi pekerja yg amanah, brtanggungjwb & berdedikasi.. :)

PETUA 8P (USTAZAH SITI NUR BAHYAH)

"Sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat...

Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) P seterusnya mewakili 'persefahaman'.

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumahtangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumahtangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.
`SAHABAT SEJATI SUKAR DICARI..'

RRHAus MINI MALL

Create your own banner at mybannermaker.com!


Sempena pembukaan RRHAus Mini Mall harga ditawarkan adalah sgt berpatutan JADI marilah membeli-belah di mini mall http://rrhaus.blogspot.com/

MADAH KEHIDUPAN

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

6. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.